Pereka fesyen, Radzuan Raziwil ingin menjahit 2000 pakaian perlindungan diri khas untuk petugas barisan hadapan di hospital. Usaha ini dilakukan kerana beliau sedar keperluan PPE di hospital tidak mencukupi sehingga petugas perubatan terpaksa menjahitnya sendiri untuk digunakan.
Radzuan jugak telah berkongsi satu video di Instagram dan mengajar cara untuk membuat PPE selain menyeru kepada sesiapa yang pandai menjahit untuk turut membantu dalam projek ini. Menurut Razuan, beliau telah mendapat bantuan dari rakannya yang merupakan seorang doktor di Hospital Sungai Buloh untuk menjalakan projek ini selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan pergerakan (PKP)
Untuk pengetahuan korang, Material kain ini kalis air dan sama jenis seperti yang digunakan di hospital. Radzuan juga mampu untuk menyiapkan 50 pasang pakaian ini pada setiap hari. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu pihak hospital kerana mereka sangat memerlukannya.
OHMEDIA: SEMOGA AKAN DAPAT RAMAI PIHAK YANG TAMPIL BANTU UNTUK MEMBEKALKAN PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI KEPADA PETUGAS PERUBATAN DI HOSPITAL
Sumber: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca Radzuan Radziwil hasilkan pakaian perlindungan diri untuk petugas hospital di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media