Polis Kongsi Cara Kesan Scammers! Lebih 300 Kes Direkodkan Tipu Jual Topeng Muka


Memang tak dapat nak dinafikan yang sekarang semakin banyak berlakunya penipuan dalam penjualan secara online. Ini dapat dilihat apabila sebanyak 336 kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis yang mengaitkan dengan penipuan penjualan topeng muka dan sebanyak 240 kes datang dari Facebook.

Perkara ini memang sudah menjadi agakan kami apabila banyak individu yang tampil menyatakan mereka ada menjual topeng muka dan sanitizer. Hal ini menarik minat ramai orang kerana kebanyakan kedai sudah kehabisan stok. Ada juga antara mereka yang mengambil kesempatan untuk menjual Sanitizer bancuhan mereka sendiri dan menampalkan sticker tanpa pengesahan dari KKM.

Bagaimanapun, bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku, pihak Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police melalu laman Facebook rasmi mereka telah berkongsi cara mengenal pasti dan meminta orang ramai berhati-hati dengan tawaran penjulan topeng muka secara online.

JANGAN beli dengan jumlah yang banyak. SEMAK no akaun sebelum membuat transaksi di laman semakmule PDRM atau download aplikasi Check Scammers CCID di Google Play (https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ccid.ccis2020).


Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

+ Baca respon pembaca yang terkena penipuan scammer di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media