Pakej Prihatin Beri Rakyat Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Tempoh PKP


Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dimana meilbatkan nilai RM250 untuk diagihkan kepada rakyat. Dalam pakej itu juga terdapat inisiatif kerajaan untuk menggalakan rakyat khususnya untuk sentiasa duduk dirumah iaitu pemberian internet percuma setiap hari sepanjang tempoh PKP dengan nilai dana sebesar RM600 juta.

Internet percuma ini melibatkan semua pelanggan prepaid dan postpaid syarikat-syarikat telco seperti Celcom, Digi, Maxis, dan Umobile dimana mereka akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma sebesar 1GB sehari. Menurut sumber dari Sinar Harian, Suruhanya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), perkhidmatan berkenaan boleh digunakan dari 8 pagi hingga 6 petang.



Inisiatif-inisiatif yang diumumkan ini tujuannya adalah untuk mengurangkan beban rakyat yang terbeban akibat COVID-19 disamping membolehkan kesalinghubung yang berterusan supaya rakyat dapatkan melakukan tugasan harian yang memerlukan capaian internet dengan lebih efisien dirumah.

OHMEDIA: PANDANGAN OHMEDIA INIASITIF INI SANGAT BAGUS KERANA SELAIN DAPAT MEMBUAT RAKYAT MALAYSIA DUDUK RUMAH, PAKEJ INI JUGA DAPAT MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA YANG BEKERJA DIRUMAH KERANA TAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI CAPAIAN INTERNET DIRUMAH.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca pakej PRIHATIN beri rakyat internet percuma sepanjang tempph PKP di Fcebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media