Nampaknya tak habis lagi gais isu mengenai seorang ahli lembaga pengarah UiTM dan juga usahawan berjaya iaitu Vivy Yusof di media sosial. Apa yang menjadi perbualan hangat pada hari ini adalah netizen mahukan beliau meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah UiTM.
Menurut pandangan Ohmedia di Twitter, seorang pengguna bernama @shewasokay memuatnaik satu posting untuk netizen menyertai petisyen bagi Vivy meletakkan jawatan tersebut. Setakat ini, jumlah sudah mencecah 18,000 orang ke atas tandatangani di laman web itu.
Fuh! Nampaknya netizen betul-betul tak puas hati dengan Vivy walaupun beliau sudah menjelaskan hal yang sebenar dan membuat permohonan maaf baru-baru ini di Instagramnya, @vivyyusof.
(1) KEBANYAKANNYA KELUARGA PELAJAR UITM DARI GOLONGAN B40 DAN M40. (2) VIVY YUSOF DAN RAKANNYA MENGUTUK TINDAKAN KERAJAAN MEMBANTU KELUARGA B40 DAN M40 YANG TERJEJAS SUMBER EKONOMI AKIBAT WABAK INI DENGAN MENGATAKAN "YANG MISKIN AKAN KAYA" (rujuk gambar) (3) BELIAU TIDAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG BAIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH UITM, MALAH TIDAK MENJAGA NAMA BAIK UITM DENGAN MENYOKONG TINDAKAN RAKAN MEDIA SOSIAL YANG MEMBERI KATA-KATA YANG TIDAK BAIK KEPADA GOLONGAN TERJEJAS. (4) BELIAU BUKAN PAKAR EKONOMI. (5) BELIAU BUKAN PARA CENDIKIAWAN.
OHMEDIA: NAK TUNGGU APA REAKSI VIVY PULA MENGENAI ISU INI.
Sumber: Instagram | Twitter
+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media