Situasi yang menimpa negara kini pasti memberi tamparan buat semua atlet sukan yang tidak boleh turun menjalani latihan seperti biasa. Walaubagaimanapun, ianya tidak menjadi penghalang untuk atlet terjun negara, Leong Mun Yee meneruskan latihan seperti biasa di rumah untuk mengekalkan tahap kercergasan beliau.
Mun Yee mengakui rehat selama 2 minggu pasti akan memberi impak dari segi gaya terjunan kerana tidak dapat berlatih seperti biasa di kolam renang. Oleh yang demikian, Mun yee berharap penularan wabak di negara kita akan beransur pulih secepat mungkin serta mengingatkan orang ramai supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan.
Skuad terjun negara kini boleh menarik nafas lega selepas kejohanan Terjun Piala Dunia pada bulan April telah ditangguhkan ke bulan Jun. Untuk pengetahuan korang, Kejohanan yang akan berlangsung di Jepun nanti pasti menjadi peluang keemasan untuk kesemua atlet terjun negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
OHMEDIA: SEMOGA ATLET TERJUN NEGARA DAPAT MELAYAKKAN DIRI KE TEMASYA SUKAN TERBESAR DI DUNIA PADA TAHUN INI.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Mun Yee menjalani latihan kecergasan di rumah di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media