Miliki 643 Kolam Renang! Percutian Di Lexis Hibiscus Seperti Di Luar Negara


Baru-baru ini, team Ohmedia bercuti sakan di Lexis Hisbiscus di Port Dickson. Rasanya memang semua orang pernah dengar dan teringin nak duduk dekat hotel yang terkenal di Port Dickson ni, betul tak? Setelah sekian lama nak merasa duduk di Presidential Suite ni, akhirnya Ohmedia berpeluang untuk duduk di bilik yang mencecah harga RM5,000 (1 malam) ini selama 3 hari 2 malam.


Sempena Visit Malaysia 2020 kali ini, Ohmedia syorkan korang pergi Port Dickson dan bermalam di Lexis Hibiscus Port Dickson. Nak tahu kenapa? Ianya salah satu tempat yang sangat menarik dan wajib korang pergi bersama keluarga, kawan-kawan ataupun pasangan korang. Lexis Hibiscus ni antara resort yang mewah serta terletak betul-betul di atas laut yang hanya satu saja di dalam Malaysia.

Rare gila! Ada 643 kolam renang

Lexis Hibiscus juga telah memegang record Guinness World Record Holder dimana ianya resort yang memiliki kolam renang terbanyak iaitu sebanyak 643 kolam renang dan 552 villa di atas laut. Pergh! Memang tak ada dekat mana-mana hotel.

Banyak pilihan bilik gais

Disini juga ada banyak pilihan bilik yang korang boleh pilih mengikut citarasa ataupun bajet korang iaitu Excutive Pool Villa, Premium Pool Villa, Premium Pool Villa (Sea view), Panorama Pool Villa, Panorama Pool Villa (Sea View), Sky Pool Villa, Royal Suite, Imperial Suite dan Presedential Suite. Untuk harga penuh korang boleh tengok dekat laman web Lexis Hibiscus ya.


Kalau korang masih ingat, 3 tahun lepas Ohmedia dan team pernah menginap di Lexis Hibiscus untuk kali pertama dan sejak hari tu, memang dah jatuh hati dengan apa yang ada dekat sini. Masa tu pandang dari jauh jer bilik Presidential Suite ni. Maklumlah, harga bilik tu sama dengan 3 bulan gaji kami. Huhu! Tapi akhirnya dapat juga Ohmedia dan team jejakkan kaki dan tidur dalam bilik paling mewah dan mahal dekat Lexis Hibiscus ni. Jadi jom ikuti perkongsian Ohmedia dengan lebih lanjut sepanjang kami di sana.


Presidential Suite, tempat paling mahal dekat Lexis Hibiscus


Presidential Suite ni terletak di hujung stigma mengikut bentuk bunga raya tu. Ianya memiliki dua tingkat dan 4 buah bilik yang besar. Kemudahan dan pemandangan dia pun memang terbaik gais! Terima kasih Lexis Hisbiscus kerana sudi menaja Team Ohmedia menginap di Presidential Suite ni. So, Ohmedia nak kongsi sikitlah dekat korang pengalaman dan perkara yang menarik di Lexis Hisbiscus ni yang korang patut tahu and cuba atleast sekali dalam seumur hidup.

Presidential Suite ni memang bagai langit dengan bumi lah kalau nak dibandingkan dengan bilik-bilik yang lain. Kah! Ohmedia nak cerita satu-satu tentang keistimewaan yang korang akan dapat kalau menginap dekat Presidential Suite ni.


Suite ni terletak di hujung stigma bunga raya nun jauh dekat hujung tu. Fuhh! Memang jauh dari lobby lah cerita dia kan! Tapi korang jangan risau sebab di Lexis Hisbiscus ni ada menyediakan perkhidmatan buggy secara 24 jam dan kepada yang menetap di Presidential Suite pula, Lexis Hibiscus akan memberikan keutamaan untuk perkhidmatan buggy ni kepada penginapnya. Jadi, korang tak perlu bersusah payahlah sampai berlecak nak berjalan kaki, duduk jer atas buggy sambil layan pemandangan sementara nak sampai dekat bilik korang tu nanti.


Suites ni dilengkapi dengan ruang bilik yang sangat besar lagi-lagi bilik dekat atas tu. Oh ya, dekat Presidential Suite ni ada 4 bilik dimana dua bilik di bahagian atas dan lagi dua di bahagian bawah, dapur, ruang tamu, dua private pool dan juga jacuzzi gais!






Masuk-masuk je nanti, korang akan nampak mini bar dan dapur kecil disebelah kanan. Bukan mini bar yang kosong tau, tapi pihak Lexis Hibiscus ada sediakan macam-macam makanan untuk korang seperti snack, coklat-coklat, buah-buahan dan minuman.

Paling Ohmedia terperanjat, siap ada pembancuh coffee siap paket coffee 3 in 1 tu tau. Fuhh, memang lengkap semuanya gais!



Mesti korang tertanya-tanya keluasan ruang tamu dan ruang makan dekat sini. Apa yang Ohmedia nak katakan, semuanya memang kenalah dengan harga yang ditawarkan sebab memang besar gila dan boleh mengalahkan court badminton gais!



Dekat ruang tamu ada TV yang tersedia macam-macam movie didalamnya. Memang takkan habislah kalau nak ditengok semuanya. Ini paling best! Korang boleh tengok laut secara direct di bawah sambil lepak-lepak dalam bilik gais, cool gila! Mesti korang terfikir, bila duduk di tengah-tengah laut ni akan ada line internet ke, betul tak? Jangan risau, dekat sini ada disediakan Wi-fi percuma.

Pemandangan paling cantik dari Sky Lite Bar


Hari pertama dan tempat makan pertama yang Ohmedia sempat pergi ialah Sky Lite Bar. Dekat sini, ada menyediakan hi tea untuk pengunjung yang menginap disini. Dessert yang disediakan pun memang sedap gila! Oh ya, pada waktu malam pula akan ada live band yang akan menghiburkan korang sambil layan pemandangan dari Sky Lite Bar yang tersangatlah cantik dan berlatar belakangkan Lexis Hibuscus dari pandangan atas.


Dekat Sky Lite Bar ni juga ada sediakan wine untuk yang bukan beragama islam. So, korang janganlah terkejut beruk pula bila tengok ada wine dekat situ, dah namanya pon bar kan. Kah! Bagi yang beragama islam, korang jangan lah nak mabuk-mabuk pulak ya, Haram!

Roselle Coffee House syurga makanan


Dekat Roselle Coffee House ni pula ada menyediakan makanan waktu pagi, tengah hari dan malam. Tempat ni tersangat luas dan besar yang boleh memuatkan sebanyak 250 orang dalam satu masa.








Bukan tu jer, tempat ni terbahagi kepada dua kawasan iaitu bahagian dalam dan luar. Menu makanan dekat sini dari makan pagi sampailah malam, semuanya Ohmedia dah mencekik dan semuanya memang sedap gila dan kena dengan tekak Ohmedia sendiri.


Makanan budaya Jepun turut ada di Umi Japanese Restaurant


Umi Japanese Restaurant ni menyediakan makan malam dengan setup avant-garde. Ohmedia yang tak berapa suka makan makanan jepun pun enjoy tau makan dekat sini. Macam-macam yang ada dan bukan sushi je ya.


Ada satu makanan tu memang sedap gila dan memang tak boleh lupa lah rasa dia macam mana. Sampai sekarang masih terliur bila terbayang tapi tak sempat pula Ohmedia snap gambar dan share dekat korang. Nampak tak betapa layannya bila makan haritu, kah!






Makanan yang Ohmedia cakapkan ni ialah isi ketam, sayur-sayuran dan macam-macam lagi yang dicampurkan dan dimasukkan ke dalam cengkerang ketam tu. Kah! Memang sedap dan layan gila gais bila makan tu. Baru sesuap terus jadi favourite dan dalam hati terus terdetik 'Sedap juga ya makanan Jepun ni'.

Nikmati pengalaman ala-ala Titanic di atas Cruise


Paling Ohmedia minat bila part menaiki cruise ni gais! Tapi kepada mereka yang mabuk laut tu, Ohmedia tak sarankan korang naik tapi kalau nak cuba pun boleh je sebab cruise ni tak laju dan terhuyung-hayang macam yang korang sangkakan tu.


Dalam cruise ni juga ada sediakan makanan sekiranya korang lapar. Ada juga set karaoke disediakan untuk korang menyanyi di atas cruise bagai membuat konsert di atas laut, kah!


Apa yang orang nakkan sangat bila naik cruise ni adalah pemandangan ketika waktu matahari terbenam. Memang lawa gila gais sebab bila tiba waktunya, cruise akan berhenti setempat dan bagi peluang untuk korang layan sunset serta mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Siap ala-ala tinanic lagi tau! Oh ya, korang berpeluang duduk di atas cruise dan layan pemandangan sunset ni selama satu jam setengah tau gais!


Cabar keberanian diri dekat Water Sport


Bagi pengunjung Lexis Hisbiscus yang sukakan adventure, dekat sini ada menyediakan pelbagai aktiviti untuk korang layan bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Antara aktiviti yang korang boleh main adalah Jet Ski, Banana Boat, Kayak, Airhead dan Banwagon.




Ohmedia berpeluang mencuba kesemua aktiviti dan semuanya best gila gais! Mula-mula, Ohmedia sendiri pun rasa takut nak cuba, tapi orang kata life only once kan, nak taknak cuba jugalah benda yang kita tak pernah cuba atleast sekali dalam seumur hidup. Finally we make it! Memang seronok gila lagi-lagi kalau main kesemua permainan dekat situ beramai-ramai, suasana tu lagi bertambah happening.


Oh ya, ada juga aktiviti-aktiviti luar yang korang boleh buat sepanjang laluan dekat sana seperti berjogging, berbasikal, achery dan sebagainya. Dekat situ ada tersedia semuanya untuk disewa sekiranya korang nak beraktiviti di petang atau pagi hari. Team Ohmedia ada yang sempat bercycling petang tu. Hamboi, kemain sweet ya korang!

Karok bagai tiada hari esok di Starz Karaoke 


Bilik dekat Starz Karaoke ni selesa gila gais! Macam-macam lagu korang boleh pilih sebab dia ambil semua minus one hanya dari youtube. So, korang search jer lagu apa yang korang nak melalak, mesti ada punya. Kah! Bilik yang Ohmedia masuk haritu memang besar gila dan boleh muat sampai berbelas orang jugalah.


Dah penat terpekik tu mesti lah haus dan lapar betul tak? Dekat sini juga ada menyediakan minuman dan makanan ya.

Layan arcade dekat Game House


Dekat game house ni ada macam-macam permainan yang boleh korang layan dan ianya memang sesuai untuk kanak-kanak.


Overall memang Ohmedia puas hati giler duduk dekat sini dan berbaloi lah dengan harga yang ditawarkan. Semua kelengkapan yang ada kat sini sangat memuaskan hati dan korang takkan keluar dari kawasan Lexis Hibiscus tu sebab semuanya lengkap. Daripada bilik, makanan, aktiviti dan kemudahan semuanya terbaik.


Apa lagi gais, sempena Visit Malaysia 2020 ni korang dah boleh plan untuk bercuti dan bawa keluarga, kawan-kawan takpun pasangan datang lepak Lexis Hibiscus ni. Untuk apa pergi bercuti jauh-jauh ke luar negara, sedangkan dalam Malaysia sendiri dah ada tempat menarik dan best macam Lexis Hibiscus ni. Bak kata orang tua dulu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Sebelum Ohmedia terlupa, korang yang dah ada plan untuk duduk dekat sini boleh booking di laman web Lexis Hibuscus dan sempena Visit Malaysia 2020 kalini, mereka ada buat harga promosi yang gila-gila gais.


Sumber: Oh! Media