Menteri Dalam Negeri Kesal Masih Ramai Yang Langgar Arahan PKP


Meskipun sudah masuk hari kelapan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, masih ada rakyat Malaysia yang berdegil mengingkari arahan yang telah diberikan. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan merasa kesal kerana rakyat Malaysia tidak mematuhi arahan yang telah dilaksanakan.

Menurut beliau, sebanyak  695 kes sudah diambil tindakan dari 1796 laporan kes yang dibuat oleh pihak polis. Beliau menjelaskan bahawa angka 695 masih besar dan menunjukkan mereka (rakyat Malaysia) yang melanggar arahan PKP masih ramai. Jelas Hamzah lagi, angka berkenaan sebagai bukti masih ada yang degil, memaksa kerajaan melaksanakan cara lain sekiranya wabak ini menjadi semakin menular.

Sumber gambar dari PAULTAN.ORG
Dipetik dari Berita Harian, beliau meminta rakyat agar terus bersama-sama membantu kerajaan dengan terus mematuhi PKP disamping berdoa agar tidak timbul masalah yang lebih besar akibat COVID-19.

OHMEDIA: KENAPA MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG BERDEGIL TIDAK MAHU DUDUK DALAM DIDALAM RUMAH? INGATLAH, SIKAP PENTINGKAN DIRI ANDA AKAN MENYEBABKAN KEADAAN LEBIH TERUK.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Menteri Dalam Negeri kesal masih ramai yang langgar arahan PKP di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media