Melihat Situasi Wabak, Agong Dan Permaisuri Berkenan Tidak Menerima Emolumen Diraja


Raja dan rakyat berpisah tiada. Itulah kata-kata yang dapat digambarkan ketika ini selepas Ohmedia mengetahui bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan agar kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua, seperti yag petik dari Berita Harian.

Ini dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Fadil Shamsuddin dimana Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memperkenan agar bayaran berkenaan tidak dilakukan oleh kerajaan selama 6 bula, bermula Mac hingga September. Tambah beliau, ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani COVID-19.

Sumber gambar dari Google
Jelas beliau lagi, ini bagi menyahut keputusan kerajaan yang bertindak memotong dua bulan gaji perdana menteri serta ahli-ahli kabine yang lain untuk disalurkan ke Tabung COVID-19 dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber gambar dari Malay Mail
Dipetik dari Berita Harian, Ahmad Fadil berkata Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan kepada rakyat Malaysia agar terus bersama baginda berdua, berdoa memohon ihsan Allah SWT agr Malaysia sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat-Nya dan COVID-19 ini segera berakhir.

OHMEDIA: TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN TUANKU BERDUA DISAAT PANDEMIK COVID-19 INI SEDANG MENULAR. SEMOGA TUANKU SENTIASA BERADA DALAM RAHMAT-NYA, DAULAT TUANKU!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Agong dan Permaisuri bekenan tidak menerima Emolumen Diraja di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media