'Liverpool Tak Boleh Dinobat Sebagai Juara' - Penjaring Terbanyak EPL


Wabak COVID-19 yang telah diisytiharkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia, WHO sebagai pandemik telah memaksa segala aktiviti seperti pertandingan bola sepak ditangguhkan, termasuklah Liga Perdana Inggeris. Setakat ini Liverpool menjadi pendahulu liga dengan berkelebihan 25 mata dibelakang pencabar terdekat, Manchester City.

Penangguhan liga terpaksa dilakukan sehingga 3 April. Namun dengan keadaan penularan wabak yang semakin teruk disekitar Eropah, timbul persoalan sekiranya saingan liga tidak dapat diteruskan. Adakah Liverpool akan dinobatkan sebagai juara liga setelah menjadi pendahulu liga?

Sumber gambar dari TeamTalk
Bekas penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris sepanjang zaman, Alan Shrear berpendapat bahawa Liverpool 'tidak sepatutnya' dinobatkan sebagai juara liga jika saingan kempen musim ini tidak disempurnakan seperti yang dipetik dari Berita Harian.


Jelas beliau, Liverpool perlu menamatkan saingan dengan menghabiskan baki perlawanan meskipun sedar sememangnya kebal dipuncak liga dan memerlukan enam mata lagi untuk menjadi juara. Tambah beliau lagi, jalan ceritanya berbeza sekiranya saingan liga digantung selepas memiliki mata berkenaan untuk menjadi juara.

"Kalau saingan musim ini tidak dapat diteruskan, kita seharusnya tidak ada pemenang ataupun pasukan yang perlu disingkirkan. Mungkin ini satu kenyataan yang perit lebih-lebih lagi buat Liverpool namun hanya inilah caranya,"kata Alan Shrear

OHMEDIA: JANGAN RISAU FAN LIVERPOOL, INI MUNGKIN PADANGAN PERIBADI BELIAU SAJA, KAH!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Liverpool tidak boleh dinobatkan sebagai juara di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media