Itali semakin lumpuh! Itali yang mempunyai lebih 60 juta penduduk itu sudah mula dikuarintin sejak beberapa minggu lalu dan keadaan semakin menekan apabila lebih 15,000 orang dijangkiti COVID-19 dan 1,000 kematian dicatatkan setakat ini.
Wabak ini mula menyerang Itali di wilayah Lombardy dan kini semua 20 wilayah mereka telah diserang wabak ini.
Saya seperti bukan berada di Rom yang menjadi destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. - Kata Muscovite Yekaterina seorang penduduk di sana.
Ya benar, itulah keadaan di Itali sekarang di mana dunia mengetahui bahawa Itali adalah sebuah kota yang menjadi tumpuan pelancong yang cukup terkenal dengan kota romantiknya. Tapi sekarang ia sudah menjadi kota berhantu apabila perintah berkurung dikeluarkan, kedai-kedai ditutup dan sekolah juga diarahkan tutup sehingga April ini.
Bagaimanapun, perintah berkurung adalah langkah yang terbait yang perlu diambil pemerintah Itali sekarang dan sumber mengatakan yang lebih 80 peratus penduduk turut menyokong.
OHMEDIA: WALAUPUN MALAYSIA MASIH BELUM MENGELUARKAN SEBARANG PERINTAH BERKURUNG DAN DALAM KEADAAN TERKAWAL, LANGKAH-LANGKAH BERJAGA HARUS TETAP DIAMBIL DAN SAMA-SAMA KITA TERUS BERDOA AGAR PENYEBARAN WABAK INI BERAKHIR.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Oh! Media