KPDNKK Tidak Benarkan Dobi Layan Diri Dibuka


Bagi mengekang terus berlakunya penularan wabak secara serius, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bermula hari ini. Ini menyebab premis-premis yang yang tidak memberi perkhidmatan penting ditutup serta-merta. Oleh yang demikian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) mengarahkan agar dobi layan diri juga tidak dibenarkan operasi sepanjang tempah perintah berkenaan sehingga 31 Mac.

KPDNKK menjelaskan bahawa, premis-premis sedemikian mampu mengundang orang ramai untuk berkumpul kerana dikhuatiri akan menyebabkan keadaan menjadi semakin tidak terkawal. Dalam pada masa yang sama, KPDNKK juga mengesahkan restoran di medan selera masih boleh dibuka bagaimanapun para pelanggan tidak dibenarkan makan dimedan selera dan hanya untuk bawa pulang.

Sumber gambar dari Tourism Johor
Begitu juga dipasar raya besar, hanya premis yang terlibat dengan industri farmasi sahaja dibenarkan buka, tetapi untuk premis makanan sedia dimakan, ready to eat (RTE) hanya dibenarkan untuk dibawa pulang atau menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan, seperti foodpanda.

OHMEDIA: SILA PATUHI ARAHAN YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN, KERANA KEJAYAAN UNTUK MENGEKANG PENULARAN WABAK INI BERMULA DARI DIRI SENDIRI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca KPDNKK tidak benarkan dobi layan diri dibuka di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media