Setiap kali hujung minggu jer, mesti ada majlis perkahwinan sanak saudara dan kawan-kawan kan? Seronoknya bila tengok pasangan yang halal naik atas pelamin. Huhu maklumlah Ohmedia ni salah satu admin dan belum lagi berkahwin. Nak nangis jap.
Baru-baru ini, Ohmedia ada melihat satu posting yang dibuat oleh Penang Kini di Facebook mengenai sebuah khemah berterbangan semasa majlis perkahwinan berlangsung dan tersangkut di kabel elektrik. Aduh!
Kejadian ini telah berlaku di Taman Belibis, Simpang Ampat tengah hari tadi gais disebabkan angin kencang. Nasib baiklah tiada sesiapa yang cedera tau. Kuat juga angin tu sampai tersangkut dekat atas kan. Fuh.
Walau bagaimanapun, pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tiba di lokasi kejadian untuk membantu tuan rumah. Alhamdulillah, terima kasih gais! Apa yang penting, semuanya selamat tau.
Perkongsian yang dibuat oleh Penang Kini itu telah mendapat 6.9k likes dan 1.1k shares di Facebook. Apapun, selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai!
OHMEDIA: FUH NASIB BAIK TAK TERJADI BENDA YANG TIDAK DIINGINI. ALHAMDULILLAH.
Sumber: Facebook
+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media