Jika Ramai Masih Berdegil. Adakah Kita Bersedia Untuk Fasa Ketiga PKP?


Hari ini cukuplah sudah 14 hari kita di dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan esok sepatutnya kita semua sudah boleh keluar seperti biasa. Namun, kerajaan terpaksa melanjutkannya dan tempoh ini dijangka akan terus dilanjutkan sekiranya masih ramai yang berdegil dan bersikap pentingkan diri.

Walaupun, sudah banyak kali diberikan nasihat dan peringatan, mereka masih tetap ingkar. Hari Ahad lalu sahaja, pihak berkuasa telah menahan sebanyak 828 individu setelah mendapati mereka gagal memberikan alasan kukuh untuk keluar rumah dan melawan arahan.

Setakat ini, Malaysia telah merekodkan sebanyak 37 kematian dengan 2,626 kes positif COVID-19. Esok kita akan masuk fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan dan kawalannya akan lebih ketat lagi. Beberapa kawasan Zon Merah turut telah dijadikan sebagai kawasan PKPD.

Premis makanan dan runcit juga akan dibenarkan untuk terus beroperasi, tetapi masanya telah dihadkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 8.00 malam.

Apa yang Ohmedia boleh katakan, sekiranya fasa kedua ini juga gagal dan jumlah mereka yang positif terus meningkat, kita perlu bersedia untuk menghadapi fasa ketiga. Adakah itu yang kita mahukan?

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media