"Jangan Dikorbankan Menjadi Kambing Hitam", Pesanan Hadi Awang


"Perlu dihormati Tun Mahathir yang sangat berjaya kepada negara", itulah pesanan dari Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melihat Tun Mahathir kini dipersalahkan kerana menjadi punca kejatuhan kerajaan di bawah Pakatan Harapan.

Jadi, beliau tampil mengajak semua pihak menghormati Tun Mahathir kerana telah berjaya menangani semua masalah dalam kerajaan dan pembangkak sejak mentadbir negara. Dalam masa yang sama dilihat berjaya memastikan negara terus aman.

Perlu dihormati Tun Mahathir yang sangat berjasa kepada negara, supaya jangan (beliau) dikorbankan menjadi kambing hitam oleh pemimpin yang gila jawatan sehingga nafsu mengatasi akal dan sanggup menjadikan matlamat menghalalkan segala cara, tanpa nilai maruah diri, agama, bangsa dan negara. Sehingga mengheret ahli politik melakukan perkara yang kotor, menjatuhkan maruah, mendedahkan keaiban dan dosa yang lebih baik disembunyikan dan bertaubat kepada Allah Taala serta bermaafan. Kata Hadi.

PAS juga akhirnya sudah berjaya menempatkan diri mereka di dalam kerajaan setelah sekian lama menjadi pembangkang dan mengharapkan pimpinan di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat melaksanakan kewajipan menjaga perpaduan masyarakat majmuk berkonsepkan adil kepada semua kaum.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media