Itali Merekodkan Angka Korban Paling Tinggi Di Dunia



Penularan Covid-19 di Itali kini semakin membimbangkan setelah negara tersebut merekodkan angka korban paling tinggi di dunia iaitu 3,405 mengatasi China. Hal ini akan menyebabkan tempoh Lockdown mereka terpaksa dipanjangkan.


Untuk pengetahuan korang, 13 doktor dan anggota perubatan telah terkorban dalam misi menyelamatkan pesakit yang positif wabak ini. itali juga telah mengenakan hukuman denda sebanyak 206 Euro kepada rakyatnya yang keluar sesuka hati tanpa ada alasan kukuh seperti membeli barang keperluan atau ke tempat kerja.


Oleh yang demikian, Perdana Menteri Itali, Guisepepe Conte tidak mahu rakyatnya memandang mudah situsai buruk yang sedang berlaku di negara mereka. Walaupun perintah larangan terhadap semua kedai untuk beroperasi akan tamat rabu ini, Conte minta rakyatnya untuk berhati-hati dan kemungkinan perintah larangan tersebut akan dilanjutkan.

OHMEDIA : SEMOGA SITUASI YANG BURUK DI ITALI INI TIDAK BERLAKU DI MALAYSIA

Sumber: Berita Harian





Sumber: Oh! Media