Sebentar tadi, selesailah sudah pengmuman Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi Negara dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terlalu banyak yang diumumkan oleh pihak kerajaan yang meliputi peruntukan sebanyak RM250 bilion.
Apa yang paling menarik perhatian adalah pemberian RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah. Bayaran RM1,000 akan diberikan pada bulan April 2020 dan baki RM600 pula diberikan pada bulan Mei 2020.
Untuk mereka yang berpendapatan RM4,000 hingga RM8,000 sebulan pula akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 yang melibatkan 1,1 juta isi rumah. Bayaran pertama RM500 diberi pada April 2020, manakala baki RM500 diberi pada bulan Mei.
Bagaimanapun, baki Bantuan Sara Hidup (BSH) tetap akan diteruskan dan dibayar pada Julai 2020. Banyak lagi yang diumumkan oleh pihak kerajaan dan nantik kemaskini dari kami.
Sumber: RTM Perutusan Perdana Menteri
+ Baca respon pembaca yang ikuti pengumuman Perdana Menteri di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media