Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menarik perhatian netizen di media sosial. Orang berpengaruh atau influencer berlumba-lumba melakukan adegan/aksi kreatif untuk mendapatkan perhatian. Namun, ada sesetengahnya sanggup melakukan tindakan bodoh sebagai jalan pintas untuk meraih populariti.
Seperti yang dilakukan oleh seorang influencer dari Amerika Syarikat ini, bernama Larz, menjilat mangkuk tandas di kala dunia sedang berperang dengan wabak COVID-19.
Difahamkan, Larz meniru aksi pengguna Tik Tok, Ava Louise yang mencetuskan 'Coronavirus Challenge', dan memuat naik video tersebut di Twitternya, 20 Mac 2020, berserta dengan kapsyen info mengenai wabak tersebut.
Dua hari kemudian, Larz disahkan positif COVID-19. Larz turut memuat naik gambar dirinya terlantar di hospital.
Ada netizen yang meluahkan rasa simpati, tetapi tidak kurang juga yang sekolahkan dia.
"Mengapa orang bodoh ini dirawat? Seharusnya dia dipenjarakan, bukannya terbaring di hospital," kata wartawan, Piers Morgan.
Susulan kejadian itu, Twitter telah menggantung akaun Larz, tetapi Instagramnya masih aktif sehingga ke hari ini.
Walaupun tidak diketahui bagaimana Larz mendapat jangkitan virus itu, penularan COVID-19 melalui tandas sememangnya boleh berlaku. Ini berdasarkan laporan berita di China dan Singapura bahawa virus tersebut ditemui di tandas yang telah digunakan oleh pesakit positif COVID-19.
Sumber: Asia One
Sumber : thereporter.my