Hanya Mengambil Masa 4 Hari Untuk Catat 100,000 Kes! WHO Tingkatkan Amaran!


Hari ini negara kita sudah masuk hari ke-7 Perintah Kawalan Pergerakan dan diharapkan rakyat Malaysia terus bersabar dan patuh dengan arahan yang diberikan pihak berkuasa. Tapi, bagaimana pula keadaan di kebanyakan negara seluruh dunia sekarang?

Terbaru, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa pandemik COVID-19 semakin cepat menular dan ini selepas melihat rekod lebih 300,000 kes dilaporkan setakat ini.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini untuk mencapai jumlah 100,000 kes memerlukan masa selama 67 hari sejak hari pertama ia mula tersebar di China. Tetapi, wabak ini sekarang hanya memerlukan 11 hari sahaja untuk 100,000 yang kedua dan hanya mengambil 4 hari sahaja untuk mencapai 100,000 kes ketiga.

Masyarakat perlu kekal berada di rumah dan langkah penjarakan sosial yang sangat penting dalam usaha mengurangkan penyebaran virus tersebut. Bertahan sahaja tidak akan menjadikan kita menang. Apa yang penting adalah apa yang perlu kita lakukan. Anda tidak mungkin memenangi perlawanan bola sepak dengan hanya bertahan sahaja. Anda perlu menyerang. Untuk menang, kita perlu menyerang virus tersebut dengan agresif dan taktikal yang disasarkan dan membuat pengesanan kepada setiap suspek kes, isolasi, menjaga setiap kes yang disahkan, menjejaki dan mengkuarintin setiap kontak rapat. - Tegas Tedros Adhanom dalam kempen Tumpaskan COVID-19.

Dengan penegasan ini, sama-samalah kita menjayakan usaha yang negara kita telah lakukan. Berikan kerjasama dan sekiranya ada merasakan simptom COVID-19, jangan takut dan pergi lakukan pemeriksaan cepat. Kerana ini bukan hanya tentang kita, tetapi tentang orang sekeliling kita. #StaySafe Malaysia.

Sumber: BBC

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media