"Elbow Bump" Ganti Jabat Tangan, Elak Penularan Covid-19!

`
Episod Covid-19 atau Coronavirus ini semakin lama semakin bertambah luas penularannya sehingga kes wabak ini di negara kita terjadi kembali membabitkan beberapa orang kenamaan setelah reda seketika sebelum ini. Seperti mana kita tahu, wabak ini menular melalui pernafasan dan juga sentuhan (bersalaman). Kalau pernafasan kita boleh bendung guna mask, bagaimana pula dengan sentuhan?

Pengarah Pendidikan Perubatan Perubatan di Anglia Ruskin University di  United Kingdom, Nicky Milner menjelaskan, secara purata, manusia akan bersalaman sebanyak 15,000 kali sepanjang hidup. Oleh yang demikian, sebuah salam atau jabat yang unik menjadi trending kerana dilihat mampu mengelak wabak berkenaan dari menular.



Salam berkenaan adalah 'salam siku' , dimana siku dan siku dilagakan bersama. 'Elbow Bump' ini mula menjadi tren selepas Canselor Jerman, Angela Merkel menghulurkan tangan untuk berjabat namun ditolak oleh Menteri Dalam Negeri, Horst Seehofer untuk elak penularan wabak ini. Menurut info dari Sinar Harian, salam siku ini mula diguna pakai rakyat Liberia ketika serangan wabak Ebola.



Menurut info, berjabat atau bersalaman tangan secara langung mampu memindahkan dua kali ganda jumlah bakteria berbanding fist pump atau high-five. Oleh yang demikian, Pengarah Penyakit Pandemik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Sylvie Brand menyokong cara salam siku ini menerusi Twitter.

OHMEDIA: STYLE JUGA SALAM GAYA MACAM NI SELAIN DAPAT ELAK WABAK NI MAKIN TERSEBAR.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca elbow bump ganti jabat tangan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media