Pihak DUN memuatkan buah tembikai ke dalam lori untuk diagihkan. |
Oleh: Husein Husaini
KUALA TERENGGANU, 28 Mac –Memahami keadaan para petani Terengganu yang terjejas di sebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengambil inisiatif membantu golongan ini dengan membeli 2,000 biji buah tembikai untuk diagihkan kepada kebanyakkan masyarakat di sekitar Kuala Terengganu.
“Sebanyak 500 biji tembikai diagihkan sama rata ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pihak DUN sendiri yang akan agihkan ke setiap cawangan untuk disumbangkan kepada rakyat.
"Sambil kita tolong petani, kita juga dapat tolong rakyat.” katanya.
Ahmad Amzad. |
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia menyatakan, usaha tersebut turut dilakukan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang lain untuk mengurangkan beban golongan tani negeri itu yang terjejas.
"Kebanyakan petani tidak dapat menjual hasil tanaman mereka dengan baik dan hilang punca pendapatan ketika ini.
"Ini kerana, kebanyakkan kedai dan pasar yang menyediakan bahan mentah juga terpaksa ditutup bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Amzad juga telah mengambil inisiatif menyumbang sebuah kanopi besar untuk kemudahan para petugas kesihatan di Klinik Hiliran bagi menzahirkan penghargaan kepada ‘front liner’ yang bertungkus-lumus memastikan penyebaran wabak COVID-19 ini terjaga.
Sumber: teganukita.net