COVID-19 : Selangor Tangguhkan Solat Fardhu, Jumaat Di Masjid Dan Surau


Negeri Selangor menangguhkan solat fardhu berjemaah, solat Jumaat, aktiviti-aktiviti ceramah dan kuliah agama di surau dan masjid setelah diperkenan oleh Sultan Selangor sendiri, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga 17 April disebabkan penularan wabak covid-19 yang melanda.

Keputusan ini dikatakan telah dipersetujui bersama Jabatan Mufti Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa Pasukan Tindakan Khas Menangani COVID-18 negeri menerusi mesyuarat khas atas titah baginda.

Solat Jumaat ketika ini wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing. Datuk Mohamad Munir Bani, Setiausaha Sulit Sultan Selangor berkata apa yang dibuat ini sama dengan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam semalam. Satu arahan baru akan dikelaurkan nanti sekiranya wabak ini dapat dibendung dalam tempoh lebih awal dari tarikh yang telah baginda arahkan.

Baginda juga menggalakkan orang ramai membaca Qunut Nazilah untuk memohon perlindugan dari Allah SWT dan berdoa untuk kesejahteraan diri masing-masing selepas mendirikan solat 5 waktu. Baginda juga berdoa keadaan akan kembali macam sebelum ini dan semua rakyat dilindungi Allah SWT serta berharap yang rakyat Selangor mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan untuk menangani wabak ini.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Selangor tangguhkan solat fardhu, Jumaat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media