Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. |
KUALA TERENGGANU, 18 Mac - Operasi hotel dan tempat peranginan di seluruh negeri ini ditutup selari Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin malam, bagi mengekang penularan COVID-19.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkata, tempoh kawalan pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac bukan tempoh untuk bercuti.
"Tempoh dua minggu ini bukan untuk bersantai-santai.
"Mereka yang berada di tempat-tempat sedemikian perlu 'lock down' di tempat itu.
"Ini bukan sekadar saranan tetapi perkara yang diperuntukkan di bawah perlembagaan dan undang-undang," ujarnya kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini.
Katanya, orang ramai diminta tidak boleh memandang remeh gesaan daripada pihak berkuasa.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa petugas media agar membuat ujian saringan.
"Kita semua berisiko sebenarnya, tidak ada orang terkecuali termasuk petugas media yang perlu berjumpa pelbagai pihak ketika membuat liputan dalam melaksanakan tuntutan tugas masing-masing," ujarnya.
Sumber: teganukita.net