Juara Eropah, Liverpool terpaksa melupakan hasrat untuk mendapat kejuaraan Treble pada musim ini selepas tersingkir di pusingan kelima Piala FA Inggeris. Beraksi di Stamford Bridge pastinya memberi kelebihan buat Chelsea yang menurunkan kesemua pemain utama termasuk pemain muda yang sedang meningkat naik, Bill Gilmour yang beraksi cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Chelsea berjaya membuka tirai jaringan menerusi Willian selepas Adrian gagal menangkap kemas percubaan dari pemain sayap Brazil tersebut. Liverpool mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-20 namun Kepa Arrizabalaga berjaya menepis 3 percubaan dalam satu masa untuk menyelamatkan gawang Chelsea dari dibolosi.
Mason Mount hampir menjaringkan gol melalui sepakan percuma, namun percubaan beliau terkena palang. Ross Barkley berjaya menambah derita Liverpool selepas melakukan larian solo dari tengah sebelum melepaskan tendangan padu dari luar kotak penalti untuk menewaskan Adrian.
Tuan rumah mempunyai peluang untuk berpesta gol apabila memiliki 2 peluang keemasan untuk mencetak jaringan menerusi Pedro dan Giroud, walaubagaimanapun ianya gagal disudahkan dengan sempurna. Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dan melayakkan Chelsea ke suku akhir Piala FA Inggeris.
OHMEDIA : KEKALAHAN KEDUA LIVERPOOL DALAM MASA 4 HARI
+ Baca respon pembaca chelsea perah limau pada luka Liverpool di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media