Aksi CIMB Liga Super 2020 pada hujung minggu ini bakal menemukan dua pasukan yang mengalami kekecewaan pada perlawanan pertama lalu iaitu Kedah dan Terengganu FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Untuk rekod, Kedah tewas tipis 0-1 kepada juara bertahan liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan pembukaan yang juga saingan CIMB Piala Sumbangsih 2020 manakala Terengganu FC pula dimalukan 3-1 oleh Perak di laman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Justeru, untuk aksi kedua kelak, jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mengharapkan anak-anak buahnya tidak memandang mudah cabaran pasukan tuan rumah yang boleh dikatakan agak kebal apabila bermain di situ musim lalu serta memberi ingatan tidak melakukan kesilapan mudah sepertimana menentang skuad The Bos Gaurus tempoh hari.
“Bertemu pasukan yang bagus seperti Kedah, memang kami tidak boleh buat silap. Jadi saya harap pemain-pemain TFC lebih bersedia kali ini.
“Bukan mudah mencuri mata daripada Kedah kerana mereka juga pasti mahukan kemenangan pertama musim ini,” jelas Nafuzi seperti dilaporkan oleh Stadium Astro.
Pengendali berusia 41 tahun itu turut mengharapkan tonggak import baharunya, Dominique Da Sylva, Faris Ramli dan Babacar Diallo untuk terus bekerja lebih keras untuk meningkatkan prestasi dan diakui mereka agak bergelut ketika melakukan debut bersama Terengganu FC, pada sabtu lalu.
Bagaimanapun, untuk perlawanan menentang skuad Aidil Sharin Sahak pada sabtu ini, Nafuzi sudah mempersiapkan pasukannya secara khusus termasuk untuk berdepan dengan bekas kapten mereka, Tchetche Kipre yang kini beraksi bersama Kedah.
“Mereka beraksi dalam tekanan tempoh hari tapi tetap cuba bagi yang terbaik kepada pasukan.
“Disebabkan kekalahan lalu, kami sudah buat ‘kerja rumah’ dan harap-harap TFC lebih bersedia,” tambahnya. - Foxsports