Bilangan Kes Covid-19 di Itali semakin Meningkat dan sehingga hari ini 4,032 nyawa telah terkorban. Walaubagaimanapun masih ada beberapa kelab bola sepak di sana yang ingin menjalani latihan meskipun situasi tidak begitu mengizinkan.
Antaranya kelab Napoli, Lazio dan Cagliari yang ingin kembali berlatih pada minggu depan. Untuk pengetahuan korang, 5 pemain Sampdoria, 3 pemain Fiorentina dan 2 pemain Juventus telah positif Covid-19 dan kesemua pemain tersebut sedang menjalani kuarantin.
Presiden Kesatuan Pemain Itali (AIC) menyifatkan pemain tidak selamat untuk kembali ke padang kerana tempoh arahan berkurung masih diteruskan dan Itali merupakan negara yang paling terkesan dengan wabak berkenaan. Oleh yang demikian, Menteri Sukan Vicenzo Spadafora meletak sasaran untuk Liga Itali kembali berlangsung pada 3 Mei 2020.
OHMEDIA : HARAP SEMUA KELAB BOLA SEPAK ITALI MEMBATALKAN HASRAT MEREKA UNTUK KEMBALI MENJALANI LATIHAN DALAM MASA TERDEKAT INI
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca kelab Serie A dijangka kembali menjalani latihan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media