Ohmedia yakin korang mesti ingat dengan keluarga ni yang dahulunya pernah viral dan digelar sebagai 'BBC Dad' pada tahun 2017. Professor Kelly yang menetap di Busan, Korea Selatan itu pernah viral selepas temubualnya bersama pihak BBC yang berbincang tentang isu semasa itu secara tiba-tiba menjadi kecoh selepas anak perempuan dan anak lelakinya yang masih kecil masuk ke pejabat ayahnya dan ditarik keluar oleh isterinya.
🙌 1 year ago today the world became a better place.#BBCdad pic.twitter.com/Q5I70XxT7T— BBC (@BBC) March 10, 2018
Terhibur dengan telatah anak-anaknya dan tindakan panik isterinya selamatkan keadaan. Tapi, baru-baru ini viral lagi satu video menunjukkan keluarga Professor Kelly yang sekali lagi melakukan perbincangan siaran langsung bersama SkyNews berkenaan peningkatan kes COVID-19 di Korea.
Tetapi, temubual kali ini lebih istimewa apabila anak-anaknya yang sudah besar dan isterinya turut bersama memberikan pandangan tentang keadaan di Korea sekarang.
Remember Professor Robert Kelly? His family went viral after his children crashed a live TV interview in 2017— BBC News (World) (@BBCWorld) March 26, 2020
Now they are on lockdown in South Korea, how is he coping working from home?https://t.co/RCHkWHj3D8 pic.twitter.com/q8tA9pkp35
Respon dari netizen amat gembira apabila menyatakan bahawa keluarga kesukaan mereka kini sudah kembali. Ini selepas anak-anaknya sudah besar kerana sudah hampir 4 tahun tidak nampak. Tetapi apa yang lebih lucu adalah sikap anak perempuan yang lasak dan aktif masih tidak berubah. Kali ini juga, isterinya lebih tenang dan hanya tersenyum sahaja.
omg our favourite family have returned to bbc world news pic.twitter.com/lP7vIqD37V— Scott Bryan (@scottygb) March 26, 2020
+ Baca respon pembaca yang suka lihat BBC Dad di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media