'Baru say Hi, tiba-tiba operator tamatkan perbualan tanpa notis' - Pengadu kecewa dengan servis syarikat penghantar makanan beruang


Isu perkhidmatan syarikat penghantar makanan sudah lama diperkatakan. Pelbagai rungutan dan aduan dibuat oleh pengguna apabila perkhidmatan yang diberi, tidak memuaskan. Ada aduan yang dinyatakan seolah-olah tidak diendah menyebabkan ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial. 

Cikgu Fadli Salleh antara salah seorang pelanggan syarikat penghantar makanan beruang China ini juga menerima nasib yang sama. 

Beliau cuba menghubungi syarikat tersebut untuk mengetahui status mengenai bayaran balik dan juga aduan lain yang ingin dikemukakan. Penjelasan mengenai bayaran balik telah dijelaskan, namun proses untuk menghubungi pihak itu memakan masa. Belum sempat beliau menulis dengan lebih lanjut aduannya, talian telah ditamatkan secara tiba-tiba.

AKU hubungi 'FP' Help Center untuk tanya bila refund aku nak dapat balik.

Percubaan pertama, kena tunggu lama. Puas tunggu, last-last putus gitu je. Percubaan kedua, dapat masuk. Ejen bernama Hamza yang sambut aku.


Baru say Hi, tiba-tiba dia tamatkan perbualan tanpa apa-apa notis. Kena buat sekali lagi. Kali ni Usama pula yang sambut perbualan aku. Sekali Usama ni tak pandai Bahasa Malaysia pulak. Duduk di Malaysia tapi tak pandai Bahasa Malaysia, ini memalukan.

Maka bermula la diskusi aku dok tanya bila duit aku akan dapat balik. RM133 kot, bukan singgit dua. Dia cakap lepas 14 hari baru akan proses. Tulis kat dalam FP punya Help Center, 5-7 hari. Bila chat dengan staff dia, 14 hari pula.


Aku tanya adakah team mereka akan contact aku bila duit dah masuk dan akan masuk account mana memandangkan mereka tak ada pun minta nombor account dari aku. Katanya akan masuk balik dalam account yang aku buat pembayaran. Lepas tu dia tanya ada apa-apa lagi yang aku nak tahu.

Aku tengah tulis aduan lain, terus dia tamatkan perbualan. Cilakak betul customer services FP ni. Memang tak mesra, slow dan pemalas. FP, tolong upgrade perkhidmatan pelanggan anda. Tolong.

Aku melalui pengalaman buruk dan sangat tak best dengan team customer service FP ni. Dan tolong wajibkan staff kalian yang melayan pelanggan pandai berbahasa Malaysia. Ini negara berdaulat Malaysia, bukan United Kingdom. Memalukan staff bahagian perkhidmatan pelanggan tak pandai berbahasa Malaysia begini.

Sekian.



Sumber : thereporter.my