Terkini! Sebentar tadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan yang seramai 73 anggota kesihatan KKM disahkan positf COVID-19.
Bagaimanapun semua kakitangan KKM ini tidak dijangkiti semasa merawat pesakit COVID-19, tetapi kerana mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan tabligh dan sejarah ke luar negara.
47 kes daripada jumlah ini dilaporkan pernah ke majlis perkahwinan yang dihadiri juga oleh kumpulan tabligh.
Hospital Teluk Intan, Perak mencatatkan 37 orang kakitangan KKM positif COVID-19 dan selebihnya dicatatkan di lain-lain hospital.
73 anggota kesihatan KKM positif #COVIDー19, punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020
47 kes berkaitan majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh.
Lain-lain - sejarah ke luar negara dan kontak rapat pesakit.
Kakitangan hospital yang dijangkiti #COVID19 melibatkan:— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020
Hospital Teluk Intan, Perak, seramai 37 orang.
Selebihnya di Hospital Putrajaya, Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Selayang.
OHMEDIA: KITA TERUSKAN BERDOA AGAR PASUKAN HADAPAN NEGARA INI SENTIASA DILINDUNGI DARI TERKENA JANGKITAN WABAK INI.
Sumber: Twitter KKMPutrajaya
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media