Jurusolek dan usahawan terkenal, Alha Alfa sudah mengesahkan di laman Instagramnya baru-baru ini bahawa beliau sudah bercerai dengan isterinya, Noor Azlin Ismail selepas enam bulan mereka berkahwin.
Saya sebolehnya ingin berdiam diri dan tidak mahu perbesarkan hal ini supaya aib keduanya terjaga, tapi mungkin juga ini ujian berat dalam hidup saya. Pertama sekali saya sudah meminta izin bekas isteri untuk menulis mengenai ini dan kami sama-sama akan menghabiskan semua ini secara damai dan harap tidak ada pihak yang akan mengeruhkan lagi. Saya amat berterima kasih kepada bekas isteri yang sudah membahagiakan saya setengah tahun bersama. Mungkin kerana dia muda dan impikan hidup sentiasa bersama sedangkan pekerjaan dan masa saya sangat terhad. Saya kahwin dalam masa perniagaan sedang naik, banyak masa dan keringat saya kumpul keselesaan di masa tua nanti bersamanya terhenti di sini.
Alha juga berterima kasih kepada Noor Azlin kerana sudah membahagiakannya selama setengah tahun bersama. Atas sebab faktor pekerjaan dan masa, ia adalah punca kepada perselisihan faham dalam perkahwinan mereka.
Mungkin terlalu banyak penggambaran, kerja luar dan lain-lain lagi membuatkan dia tidak boleh terima kerjaya saya. Perkara ini akan menjadi perselisihan faham bila saya nak keluar bekerja. Saya risau nak keluar rumah untuk kerja. Saya hampir hilang diri saya. Betul, mungkin sebelum kahwin dia boleh terima pekerjaan, kehidupan dan pangkat saya, tetapi apabila kehidupan bersama, akan sentiasa rasa cemburu dan tidak puas hati. Sumpah saya faham dan cuba letak diri dalam keadaan dirinya. Siapa saya untuk memaksa dia memahami saya. Kehidupan kami normal macam biasa dan tempoh hari saya pun sudah nak jadi ayah, tapi dia keguguran. Mungkin belum rezeki. Tetapi apa yang saya pertahankan ini tidak panjang. Saya tidak mahu dia kemurungan, tekanan berpanjangan, ugut nak cederakan diri dan sebagainya.
Bukan tu jer, Alha ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kesan luka dekat badan di Instagram kerana bergelut ingin menghalang bekas isterinya itu daripada mencederakan diri. Bagi Alha, situasi ini membuatkan dirinya berasa sangat takut. Jadi, beliau melepaskan dia sebaiknya.
Gambar luka itu saya bergelut menghalang dia untuk mencederakan diri. Saya tak boleh dan kalah bab ini. Sebab saya tidak dibesarkan dalam situasi macam ini. Mungkin gurauan bagi dia, tapi ini sangat menakutkan saya. Jadi, saya melepaskan dia sebaiknya. Saya tidak boleh berhenti bekerja dalam bidang ini. Ini mata pencarian, syarikat dan kakitangan saya. Kalau saya mengalah, semuanya habis. Tidak mengapa, semoga dia berjumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya. Maafkan saya kerana gagal mengemudi bahtera ini ke syurga. Saya kena terus kuat mnempuh ujian Allah ini. Biarlah apa yang berlaku sekalipun, saya sudah cuba kurangkan makeup saya, niat berbulan madu ke Makkah tidak kesampaian kerana wabak Covid-19 ini.
OHMEDIA: TAK APA LAH ALHA. MUNGKIN TIADA JODOH DIANTARA KORANG BERDUA. HMM. DOA YANG BAIK-BAIK JELAH OKAY.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca beri kata-kata semangat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media