Buat korang yang sudah bergelar suami tu pasti sedang terfikir bagaimana cara untuk menjadi suami yang baik pada isteri. Oleh sebab itu, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 tips untuk menjadi seorang suami yang baik dalam rumah tangga
Sebagai Suami, korang jangan lupa untuk memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan. Ohmedia lihat ramai suami yang kedekut dan tidak memberikan nafkah kepada isteri. Hal ini pasti akan memberi kesan yang tidak baik pada rumah tangga.
Sentiasa ringan tulang untuk membantu isteri melaksanakan kerja-kerja di rumah antaranya membasuh baju, memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Ini masanya untuk suami mengeratkan lagi hubungan dengan isteri.
Sentiasa senyum ketika pergi dan pulang dari kerja. Bila korang sedang bertugas atau berkerja di luar jangan lupa hantar pesanan kepada isteri melalui mesej atau Whatsapp sebagai tanda korang mengambil berat terhadap isteri.
Menjadi Imam yang baik kepada isteri, mengajar isteri untuk mendirikan solat dan ibadah yang lain. Sentiasa mengingatkan isteri untuk menunaikan solat ketika suami berada di luar kawasan atau semasa sedang berjauhan dengan isteri.
Bersyukur dan yakin bahawa isteri korang adalah pasangan terbaik yang Allah telah hadirkan dalam hidup. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik yang akan memimpin isterinya ke syurga.
OHMEDIA : SEMOGA 5 TIPS INI BERGUNA KEPADA SUAMI DI LUAR SANA
+ Baca respon pembaca 5 tips menjadi suami yang baik di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media