Seperti semua sedia maklum, hari ini merupakan hari kedua berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin. Pelaksanaannya bertujuan untuk mengurangkan pergerakan rakyat Malaysia bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dari terus merebak.
Meskipun perintah ini memaksa korang semua untuk mengurangkan aktiviti diluar, bukan bermakna korang tak boleh lakukan perkara bermanfaat ketika berada dirumah. Jadi, Ohmedia nak kongsikan kepada korang perkara manfaat yang boleh dilakukan dirumah.
Lakukan projek DIY bersama anak-anak
Sumber gambar dari Asian Parent |
Deko rumah
Sumber gambar dari Pinterest |
Bagi yang masih bujang, masa inilah korang gunakan untuk deko rumah bujang yang bersepah tu. Barulah dapat mood baru. Tak perlu keluar beli barang deko pun, korang boleh gunakan apa sahaja barang yang ada dalam rumah tu atau ubah kedudukan perabot di dalam rumah. Bila dah expert, nanti dah khawin senang, hihi. Ada benda yang boleh buat sendiri, buat sendiri. Bini pun makin sayang.
Bersenam di dalam rumah & amalkan pemakanan sihat
Sumber gambar dari Google |
Masih single? Janganlah sedih! Korang pun kena jaga kesihatan juga, jangan banyak makan makanan ringan dan tidak sihat. Dekat rumah juga korang boleh bersenam, misalnya zumba atau tabata.
Semak & siapkan kerja tertangguh
Sumber gambar daro Amazon |
Sentiasa berhubung & tanya khabar
Sumber gambar dari TM |
Mohon kemaafan dari mereka kerana tidak selalu bertanya khabar. Zaman dah canggih sekarang, semua orang boleh buat video call. Korang jangan terkejut kalau muka saudara korang dah banyak berubah. Ini kalau jumpa selisih bahu pun tak perasan, haha.
Banyak lagi perkara yang boleh korang lakukan sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan ini dilaksanakan.Terpulang kepada korang mahu jadikan 14 hari cuti ini secara proaktif atau sebaliknya. Namun Ohmedia harapkan agar korang mematuhi perintah ini dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Oleh itu kejayaan untuk membendung penularan wabak ini bermula dari diri sendiri, kerana Kita Jaga Kita.
+Baca respon pembaca 5 perkara bermanfaat yang boleh digunakan sepanjang 14 hari cuti di Facebook oh! Media
Sumber: Oh! Media