Sebanyak 107 rakyat Malaysia, 12 kru, 8 anggota Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) dan 6 pegawai Kedutaan Malaysia dari Beijing telah selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) pada pukul 5.57 pagi tadi dengan menaiki sebuah pesawat AirAsia AK8264 dari Wuhan, China.
Coronavirus : Pesawat Air Asia dari Wuhan, China mendarat di KLIA, 5.57 pagi ini. - [Video BERNAMA]#BH #coronavirus pic.twitter.com/TX95j0t3ec— Berita Harian (@bharianmy) February 3, 2020
Menurut laporan Berita Harian, sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, 133 penumpang terbabit telah dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA dengan menaiki bas untuk tapisan kesihatan disebabkan penularan Koronavirus yang sedang melanda wilayah di China.
Coronavirus : Pesawat Air Asia dari Wuhan, China mendarat di KLIA, 5.57 pagi ini. - [Video BERNAMA]#BH #coronavirus pic.twitter.com/mpebjz2xyK— Berita Harian (@bharianmy) February 3, 2020
Baki rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan akan dikeluarkan kenyataan rasmi oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam masa terdekat ini.
Rakyat Malaysia yang selesai menjalani saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) dibawa menaiki bas khas ke Pusat Pemantauan.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 4, 2020
Semua proses ini dilakukan mengikut SOP langkah pencegahan dan kawalan infeksi yang diawasi ketat kakitangan KKM dan Pasukan Bomba & Penyelamat. pic.twitter.com/ZNKoMqILJW
OHMEDIA: OHMEDIA DAPAT LAPORAN BAHAWA SEORANG RAKYAT MALAYSIA SAH POSITIF KORONAVIRUS
Sumber: Berita Harian | Twitter
+ Baca respon pembaca takut koronavirus di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media