Tular di laman sosial semalam, sebuah insiden melibatkan pemandu mabuk sekali lagi. Entah bilalah penguatkuasaan kesalahan undang-undang nak diperketatkan, makin menjadi-jadi mereka ni. Kali ni melibatkan keluarga anggota bomba. Tidak dapat dipastikan dimana kemalangan berkenaan berlaku. Jika diteliti, berkemungkinan kejadian berlaku pada awal pagi, memandang terdapat seorang budak yang memakai pakaian sekolah lengkap.
Dalam video berkenaan jelas menunjukkan betapa marahnya abam bomba tu dengan pemandu mabuk yang melanggar keluarganya sehinggakan mahu menumbuk pemandu berkenaan, namun ditahan oleh beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian. Jika dilihat dari video berkenaan, jelas kedengaran suara budak menangis memanggil ibunya.
Dalam masa yang sama terdapat orang awam yang memarahi pemandu berkenaan. Syukur pasukan medik tiba dan membawa ibu budak berkenaan menyebabkan tangisan budak berkenaan semakin kuat memanggil ibunya. Mungkin budak tu trauma tengok keadaan ibunya. Namun setakat ini, tiada info yang Ohmedia dapat tentang kecederan yang dialami oleh ibu budak berkenaan.
Setan pye SYAITAN !!!!!!!— Yenkee (@blackmerz101) February 1, 2020
Lagi kes Pemandu Mabuk.
Kali ini pemandu Mabuk melangar kereta yang di pandu oleh keluarga anggota bomba. pic.twitter.com/m5CfAGeraw
Sumber: Twitter @blackmerz101
+Baca respon pembaca Oh! Media
Sumber: Oh! Media