(Video) Marah Anak Didenda Ustazah, Ibu Pelajar Suruh Ustazah Merangkak Dalam Kelas!


Tugas sebagai seorang guru bukanlah hal yang mudah kerana ia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak murid supaya menjadi insan yang berguna terhadap diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Baru-baru ini, Ohmedia melihat satu video yang tular di media sosial mengenai seorang ibu biadab datang ke sekolah dan menyuruh ustazah merangkak mengelilingi kelas di hadapan dengan anak-anak murid disebabkan sakit hati melihat anaknya didenda di sekolah.


Alahai, denda murid-murid adalah satu perkara yang biasa jika tidak menyempurnakan kerja sekolah dan melanggar peraturan sekolah. Tu je cara sebenarnya untuk mendidik anak-anak korang menjadi insan yang berguna.

Takut nanti bila dah besar buat perangai dekat korang, jangan masa tu nak salahkan cikgu pula. Huhu. Ingat senang agaknya nak handle anak murid sebanyak 20 orang dalam satu kelas. Nak jadi seorang cikgu ni memang kena banyak bersabar.

Cuba bayangkan kalau korang dekat tempat cikgu tu. Korang sebagai ibu bapa jaga 20 orang setiap hari untuk mendidik anak-anak dengan cara yang betul. Boleh ke tak tu? Ohmedia harap ibu yang merakam kejadian ini dapat membuat permohonan maaf terhadap ustazah-ustazah di sekolah itu.

OHMEDIA: BAIK TAKYAH HANTAR ANAK PERGI SEKOLAH KALAU SEMUA BENDA TAK BOLEH BUAT UNTUK MENDIDIK ANAK KORANG MENJADI INSAN YANG BERGUNA.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca sayang guru di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media