Ohmedia takut betul bila tengok orang yang tak dikenali datang ke rumah kita untuk memberikan sesuatu. Haa, macam situasi baru-baru ni lah yang berlaku dekat seorang anggota polis ni. Cuba korang tengok video yang dirakamkan CCTV dekat bawah ni.
Kalau korang perasan ada seorang lelaki memakai sut biru dengan topi keledar menaiki motor ingin menghantar sebuah hamper kepada mangsa yang dipercayai anggota D7 IPK Pahang di depan rumahnya. Setelah mangsa mengambil hamper itu, suspek menyimbah asid ke arahnya.
Menurut perkongsian page Warga Kuantan di Facebook, mangsa telah mendapati melecur di bahagian tangan, dada dan belakang tengkuk. Mangsa tersebut dibawa ke Kuantan Medical Centre untuk dapatkan rawatan.
Kejadian ini terjadi di IM 8/42, Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota Kuantan, Pahang. Ish, geram betul! Ohmedia harap suspek itu ditangkap oleh pihak polis dengan secepat mungkin. Ikhlas ke tak nak bagi hamper tu? Kalau tak ikhlas, buat apa nak datang.
OHMEDIA: HATI-HATI GAIS KALAU ADA ORANG YANG TAK DIKENALI DATANG RUMAH. KALAU NAK HANTAR BARANG DELIVERY MACAM TU, SURUH ORANG TU TINGGALKAN JER DEKAT DEPAN PINTU. KALAU POSLAJU TAK APA LAH NAK KELUAR RUMAH.
Sumber: Facebook
+ Baca respon pembaca takut nak keluar rumah di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media