Dalam satu video yang tular semalam, kejadian berlaku di sempadan Israel-Gaza yang mendakwa Israel menyeret tubuh seorang warga Palestin menggunakan 'bulldozer'. Tentera Israel dikatakan ingin mendapatkan jasad lelaki tersebut dengan menggunakan jentera itu.
#شاهد قوات الاحتلال تنكل بجثمان شهيد وتنقله بواسطة جرافة عسكرية بطريقة بشعة وتصيب أحد الشبان الذين حاولوا انتشاله شرقي بلدة عبسان الجديدة شرقي خانيونس جنوبي قطاع غزة pic.twitter.com/3oHmKLjVXE— وكالة شهاب (@ShehabAgency) February 23, 2020
Semasa kejadian itu berlaku, ada ramai saksi yang dilihat tergesa-gesa untuk menyelamatkan lelaki tersebut tapi tidak kesampaian. Tergamak betul ye Israel ni sampai buat macam tu, kejam betul! Tindakan itu mendapat banyak kecaman, tapi Menteri pertahanan Israel, Naftali Bennett menggangap yang tindakan sedemikian itu wajar untuk menggantikan dua mayat askar Israel yang masih berada di Gaza sejak tahun 2014 lalu.
Orang yang berada disekeliling cuba menyelamatkan jasad mangsa ketika itu ada yang sampai tercedera kerana ditembak menggunakan peluru anti-tangki oleh tentera Israel. Mangsa yang terkorban itu adalah Muhammad Al-Naem, 27 dan seorang lagi hanya cedera.
Dikatakan kejadian ini berlaku semasa dua warga Palestin dari Kumpulan Jihad Palestin meletakkan bahan letupan dekat sempadan timur Khan Younis dan dikesan oleh tentera Israel pada pagi semalam.
Sumber : The New York Times
OHMEDIA : MARILAH KITA SAMA-SAMA DOAKAN KESEJAHTERAAN UMAT ISLAM DI PALESTIN.
+ Baca respon pembaca Israel seret mayat warga Palestin di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media