Ohmedia agak terkejut apabila melihat seorang mak cik mencuri barang keperluan rumah dan dimasukkan ke dalam seluarnya di sebuah pasaraya. Dah macam poket Doraemon dah gais!
Menurut posting yang dimuatnaik oleh seorang pengguna, @dylawok di Twitter, suspek telah terkantoi mencuri bersama anak lelakinya. Bukan satu dua barang je tau tetapi barang yang mereka ambil tu hampir penuh satu troli.
Sebelum tu deodorant, sabun mandi, colgate pun dia sumbat. Patut dia sumbat troli tu je terus masuk dalam seluar. pic.twitter.com/kqbxnYSKn4— dylawok (@dylawok) February 17, 2020
Berbotol-botol dia keluarkan dari seluarnya. Ohmedia rasa pelik juga lah macam mana diorang boleh sumbat semua barang tu huhu. Ada pihak juga mendakwa bahawa suspek ini memberitahu mempunyai kedai sendiri dan menjual barangan secara murah kepada pelanggan.
Haa, sepertimana yang Ohmedia pesan semalam dekat korang semua tentang kes ragut itu bahawa kita sebenarnya ada banyak lagi cara untuk mencari duit yang halal. Mencuri dan meragut tetap salah dari sisi agama dan segi undang-undang gais.
OHMEDIA: KALAU MALAYSIA ADA HUKUMAN HUDUD, DAH LAMA PENCURI KENA POTONG TANGAN TAU.
Sumber: Twitter
+ Baca respon pembaca yang tak suka mencuri di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media