Sepertimana yang korang tahu, wabak Koronavirus kini sedang melanda di beberapa negara membuatkan netizen berasa takut nak keluar dari rumah kerana wabak itu boleh menyerang sesiapa sahaja dan boleh membawa maut.
Baru-baru ini, ada seorang pengguna yang bernama @juliojiangwei berkongsi di Twitter mengenai pasangan suami isteri warga emas terlantar atas katil di wad Intensive Care Unit (ICU) mengucapkan selamat tinggal sambil berpegangan tangan.
What does a couple mean? Two elderly patients of #coronavirus in their 80s said goodbye in ICU, this could be the last time to meet and greet πππ pic.twitter.com/GBBC2etvV9— ε§δΌ Jiang Wei (@juliojiangwei) February 2, 2020
Lebih menyayatkan hati apabila mereka yang berusia 80 tahun ini dipercayai positif koronavirus. Kalau korang nak tahu, wabak ini sebenarnya boleh menyerang sesiapa jer tanpa mengenal usia.
Tweet yang dimuatnaik oleh @juliojiangwei ni telah menyebabkan orang ramai berasa sebak melihat pasangan warga emas itu dan telah membuktikan cinta mereka tetap bertahan hingga di hujung nyawa.
OHMEDIA: NI BARULAH NAMANYA CINTA SEJATI
Sumber: @juliojiangwei
+ Baca respon pembaca nak cari jodoh di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media