Wakil Itali, Atalanta kini selangkah ke suku akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas membelasah kelab Sepanyol, Valencia 4-1 awal pagi tadi. Beraksi di Stadium San Siro yang merupakan tempat keramat dua kelab gergasi Itali iaitu AC Milan dan Inter Milan memberi kelebihan buat Atalanta. Tuan rumah hampir membuka jaringan menerusi Pasalic pada minit ke-7, namun sepakan beliau berjaya ditepis keluar oleh Domenech.
Hans Hateboer berjaya mencetak gol pertama Atalanta pada minit ke-16 hasil hantaran lintang dari Alejandro Gomez. Valencia mempunyai 2 peluang untuk menyamakan kedudukan namun gagal disudahkan dengan sempurna. Bintang Atalanta, Josep Ilicic menambah gol kedua pada minit ke-42 selepas rembatan padu beliau gagal ditepis keluar oleh Domenech. Ohmedia lihat Goalkeeper Valencia beraksi kurang cemerlang dalam perlawanan ini.
Bersambung separuh masa kedua, Tuan rumah menambah derita pelawat dengan jaringan ketiga hasil sepakan lencong luar kotak penalti Remo Freuler. Hans Hateboer sekali lagi mencuri tumpuan selepas menjaringkan gol kedua peribadi dan menjadi Man Of The Match dalam perlawanan ini.
Walaupun sudah ketinggalan 4-0 ianya tidak menjadi penghalang untuk Valencia mendapatkan jaringan saguhati menerusi pemain gantian, Dennnis Cheryshev pada minit ke-67. Keputusan 4-1 kekal sehingga wisel penamat. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kemenangan pertama pasukan itali di San Siro untuk pusingan kalah mati UEFA dalam masa tujuh tahun.
OHMEDIA : ATALANTA MAMPU MENCIPTA KEJUTAN UNTUK KE SEPARUH AKHIR
Sumber : Semuanya BOLA
+ Baca respon pembaca yang sokong Atalanta untuk ke Suku Akhir UEFA di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media