Kehangatan politik di Malaysia semakin hari semakin panas. Macam-macam cerita yang berlaku, terutamanya dari parti-parti politik di Malaysia. Seperti mana kita tahu, sebelum ini Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mengadakan sesi personal interview dengan semua ahli parlimen bagi menentukan siapa seterusnya akan menggalas jawatan perdana menteri setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan.
Sesi personal interview ini dijalankan di Istana Negara selama dua hari membabitkan seramai 222 ahli parlimen, yang dijalankan sendiri oleh Paduka Baginda. Namun hasil keputusan dari personal interview berkenaan, dipetik dari Berita Harian, Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana individu memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Oleh yang demikian, Perdana Menteri Interim, Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa Sidang khas Dewan Rakyat akan dijalankan pada 2 Mac ini sebagai langkah akhir untuk memilih calon Perdana Menteri baharu secara perbincangan. Tambah beliau, sekiranya Dewan Rakyat. masih gagal mendapat seorang ahli parlimen yang ada majoriti, pilihan raya akan dijalankan.
OHMEDIA: DIHARAPKAN KEMELUT POLITIK YANG MELANDA DISELESAIKAN DENGAN SEGERA KERANA IA MEMBERI KESAN LANGSUNG TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca tentang Dewan Rakyat bersidang tentukan PM baharu di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media