Terkini, Muhammad Sajad Kamaruzzaman dikatakan telah dihalau dan dibawa keluar dari Tanah Suci setelah tersebar gambar yang dikongsikan Sajat sendiri yang dilihat memakai telekung dan dilihat seperti seorang perempuan ketika sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya.
Perkara ini telah mendapat respon hebat dari netizen yang rata-rata mengecam tindakan Sajat yang dilihat sengaja mempermainkan agama Islam.
Dalam perkembangan lain, jurucakap Albayt Travel yang bertanggungjawab membawa Sajat kerjakan umrah turut memaklumkan pihak mereka telah mengambil tindakan dengan membawa keluar rombongan Sajat keluar dari Makkah.
Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah. Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah. Setakat ini, sukar untuk mendapat kerjasama Nur Sajat, sebaliknya perbincangan lebih banyaj menerusi pembantu peribadinya. Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air. - Kata pihak Albayt kepada Berita Harian.
Pihak Albayt turut mendakwa yang ibu bapa Sajat enggan memberikan kerjasama dan sukar diajak berbincang. Sebelum ini ada pihak yang mendakwa Sajat telah ditangkap pihak berkuasa Arab Saudi, tetapi masih menanti pengesahan dari pihak kedutaan.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga dikatakan akan membuat pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara petang ini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status jantina Sajat.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media