Lagi perkembangan terkini situasi wabak koronavirus di China apabila kini jumlah kematian terus meningkat kepada 259 dan hampir 12,000 kes dilaporkan sejak ia mula menyerang sebulan yang lalu.
Virus yang bermula di Wuhan pada 31 Disember ini dilihat akan terus merebak dengan pantas walaupun kerajaan China telah melakukan pelabagai cara termasuk melarang aktiviti keluar dan masuk rakyatnya.
Sekarang, sebanyak 24 negara seluruh dunia telah dilaporkan turut menerima virus ini dan pihak WHO turut telah isytiharkan darurat.
Dalam pada itu, seorang pemimpin kanan Parti Komunis di Wuhan turut mendakwa pihak berkuasa tempatan bertindak terlalu perlahan dan gagal membendung wabak ini.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media