Terengganu Rumus Pelan Terbaik Wujud Pusat Terapi Anak Autisme

Anak-anak autisme ceria bergambar bersama wakil Kerajaan Terengganu.
RAWANG, 18 Februari - Terengganu sedang merumus pelan terbaik untuk mewujudkan pusat terapi anak-anak autisme di negeri itu yang sekali gus mampu membela nasib golongan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, menyedari usaha membantu lebih 100 keluarga itu memerlukan masa dan dana yang banyak, pihaknya bercadang untuk memanfaatkan kepakaran masyarakat di Terengganu.

Katanya, beliau berhasrat untuk turut menggunakan kemahiran institusi serta agensi yang pakar dalam bidang itu seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Di samping itu, kurikulum serta sistem untuk pendidikan anak-anak ini akan diteliti bersama pakar-pakar atau pusat terapi yang sudah lama beroperasi di Malaysia.

"Kita juga mempunyai pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam mengendalikan isu-isu sosial sebegini, mereka ini akan kita manfaatkan sepenuhnya," jelasnya.

Zuraida berkata, terdapat ramai ibu yang berkerjaya terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anak syurga ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tiga pusat terapi anak-anak austime di sekitar Selangor, di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor yang hadir sama menegaskan, keperitan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak austisme membuatkan kerajaan negeri serius untuk membina pusat terapi berkenaan.

"Idea-idea pusat pemulihan yang berjaya di Lembah Klang ini akan kita jadikan sebagai rujukan untuk diadaptasikan di Terengganu sebelum kita membuat perbincangan yang lebih mendalam.

"Dalam masa yang terdekat, insya-Allah kami dan JKM akan mengumpulkan keluarga yang ada anak austisme ini bagi mendapatkan pandangan serta pertolongan yang mampu diberikan," tambah beliau.

Ramai ibu bapa tidak dapat menerima anak adalah seorang austisme.
Autisme adalah satu bentuk kecelaruan neurologi yang mengganggu fungsi otak sejak dalam kandungan.

Mereka menghadapi masalah dalam perhubungan sosial, komunikasi, emosi, rutin berkaitan minat, tingkah laku dan kecenderungan dalam melakukan sesuatu.



Sumber: teganukita.net