Kuala Nerus: KEPUTUSAN positif menjadi agenda utama pendatang baharu Liga Super, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi persahabatan pramusim menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam esok.
Selain itu jurulatih baharu skuad itu, Mohd Ishak Kunju Mohamed juga mahukan anak didiknya lebih serasi menjelang pertemuan pertama liga berdepan Sabah di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 1 Mac depan.
Beliau juga menuntut pemainnya lebih berdisiplin ketika beraksi serta pamer aksi digeruni lawan dengan harapan tinggi sudah pasti disandarkan kepada penyerang import untuk merobek kubu lawan selain dua 'kereta kebal' dari Turkmenistan.
"Musim ini kami hanya membariskan tiga tenaga import iaitu dua posisi pertahanan dan seorang penyerang sebagai langkah penjimatan pasukan.
"Bagi pemain tempatan pula majoritinya adalah anggota PDRM yang masih belum berpengalaman dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), cuma ada beberapa pemain yang pernah bermain dalam Liga M diserapkan dalam pasukan.
"Justeru pertemuan dengan TFC malam esok kami harapkan pemain mampu membentuk gandingan yang lebih mantap kerana saingan sebenar hanya berbaki sepuluh hari saja lagi," kata Ishak.
Bekas pertahanan kental Terengganu era 90-an itu bagaimanapun mengharapkan pemainnya mampu melakukan kejutan ke atas skuad TFC itu yang mempunyai pemain berpengalaman selain membariskan lima tonggak import.
Musim ini skuad The Cops menyandarkan harapan kepada penyerang import dari Jerman, Antonio Timothy untuk merobek kubu lawan dalam saingan liga utama itu.
"Dua pemain dari Turkmenistan pula iaitu Shohrat Soyunov dan rakan senegaranya, Serdar Geldiyev bakal mengetuai jentera pertahanan pasukan.
"Jika pemain fokus 100 peratus dan memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap perlawanan, tidak mustahil kami juga berupaya melakukan kejutan ke atas pasukan lain biarpun hanya mempunyai tiga import," katanya. - Harian Metro