Tan Sri Muhyiddin Yassin Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-8



Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan melantik Tan Sr Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke-8. Proses Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan sebagai perdana menteri akan diadakan pada hari esok jam 10.30 pagi di Istana Negara.



Tan Sri Muhyddin Yassin telah mendapat sokongan majoriti dari ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam dewan rakyat. Oleh yang demikian, YDP Agong bertitah proses pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh dilengahkan kerana negara memerlukan kerajaan dan keputusan ini juga demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai.

Baginda juga menzahirkan agar krisis politik yang telah melanda negara kini berakhir. Ohmedia ingin mengucapkan Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-8 Malaysia.

OHMEDIA : AKHIRNYA ISU PERGOLAKAN POLITIK NEGARA BERAKHIR SELEPAS PERLANTIKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI PERDANA MENTERI KELAPAN

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-8 di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media