Sumber gambar dari MalaysiaKini |
Menurut sumber dari Sinar Harian, Peguam Negara menyatakan bahawa tiada prospek jelas untuk sabitan ke atas pertuduhan, menyebabkan tindakan untuk menamatkan prosiding ini dibuat. Tan Sri Tommy Thomas menamatkan serta-merta prosiding berkenaan diatas kuasa budi bicara berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Jelas Peguam Negara, adalah menjadi kelaziman seseorang individu mengidolakan seseorang meskipun menggunakan kekerasan dan keganasan untuk mencapai matlamat. Turut menambah, mengidolakan seseorang tidak semestinya seseorang itu akan merancang keganasan.
Sumber gambar dari Foreign Policy |
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, penamatan prosiding menggunakan kuasa budi bicara merupakan suatu tindakan yang berat sebelah dan memperlekeh tindakan polis. Ini kerana kumpulan berkenaan masih disenaraikan oleh Kesatuan Eropah sebagai kumpulan militan dan pengganas. Beliau turut mengambil contoh mengapa seorang pelajar UA pernah ditahan dan dipenjara kerana 12 buku mempromosikan fahaman militan. Dipetik dari Sinar Harian, tambah beliau sekiranya tindakan menyimpan gambar pemimpin pengganas tidak termasuk dalam elemen-elemen 'perbuatan pengganas', kerajaan kena bebaskan juga pelajar berkenaan.
OHMEDIA: KENAPA PERLU DITAMATKAN MENGGUNAKAN KUASA BUDI BICARA TANPA ADA PERBINCANGAN YANG LEBIH MENDALAM ANTARA MENTERI DALAM NEGERI SEDANGKAN KITA TENGAH BERUSUSAN DENGAN ANCAMAN KEGANASAN?
Sumber: Sinar Harian | Sinar Harian
+ Baca respon pembaca penamatan prosiding penyokong LTTE di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media