Pernikahan adalah detik terpenting bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga. Perkara yang paling diharapkan oleh anak-anak adalah kehadiran ibu bapa pada saat itu. Bersyukurlah pada mereka yang masih mempunyai ibu bapa dan masih sihat.
Ohmedia sangat tersentuh apabila melihat perkongsian seorang pengguna Twitter ini dimana seorang bapa yang terlantar sakit di hospital hadir di majlis nikah anaknya untuk menyaksikan peristiwa penting anaknya itu. Tetamu yang hadir turut menyaksikan perkara yang menyentuh hati itu.
Perkara ini berlaku sebelum majlis pernikahan mereka bermula, tiba-tiba muncul sebuah ambulans dan membuatkan ramai yang tertanya-tanya dan akhirnya melihat seorang doktor bersama bapa mertuanya itu. Peristiwa ini telah mengundang sebak ahli keluarga kerana melihat pengorbanan seorang ayah kepada anaknya.
Menurut sumber, bapa mertuanya itu dikatakan telah jatuh sakit sehari sebelum majlis berlangsung dan telah dibawa ke hospital Jawa Barat untuk mendapatkan rawatan lanjut.
OHMEDIA: SEDIH OHMEDIA TENGOK GAMBAR-GAMBAR TU, WALAUPUN SAKIT, TAPI AYAH DIA SANGGUP DATANG.
Sumber: Paman Gober
+ Baca respon pembaca seorang bapa yang terlantar sakit ini di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media