Santuni Pesakit Di Hospital Besut


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 14 Februari- Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bersama dengan kakitangan Pusat Khidmat Dun (PKM) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) menyantuni pesakit-pesakit di Hospital Besut.

Pegawainya, Azbi Salleh berkata, pesakit juga turut menerima sedikit sumbangan daripada PKM Dun Kuala Besut.

"Program ini diadakan supaya kita dapat meringankan beban orang diuji dengan sakit.

“Selain itu juga kita dapat bertemu mata dan bertanya khabar mereka yang berada di dalam wad," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada hari Selasa, 11 Februari.

Turut sama dalam program tersebut ialah Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir, Pegawai Khas Penyelaras, Mohd Sulaiman dan kakitangan i-MiTS.

Menurutnya, pihak Hospital Besut turut berterima kasih kepada PKM dan i-MiTS kerana meluangkan masa melawat pesakit-pesakit di sini.

"In shaa Allah kita akan pastikan program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang," tambah beliau.





Sumber: teganukita.net