Rugi tak dapat sekurangnya RM100,000


Kuala Nerus: Itu gambaran nilai seminimum hasil penjualan tiket jika perlawanan persahabatan malam ini antara TFC dengan Pahang dibuka untuk disaksikan oleh kedua-dua penyokong.

Jika dilihat sebelum ini perlawanan persahabatan melibatkan pasukan TFC di Terengganu mendapat kunjungan yang amat dashyat seolah-olah perlawanan di peringkat suku atau separuh akhir sesuatu kejohanan.

Kajian ini berikutan penularan poster-poster perlawanan tersebut di media sosial, ia boleh dilihat keterujaan penyokong Terengganu untuk menyaksikan perlawanan itu.


Sumber yang kami perolehi juga menyatakan terdapat perancangan daripada penyokong Pahang yang mahu berkunjung menyaksikan perlawanan itu.

Harga tiket perlawanan persahabatan yang dibuat sebelum ini RM10 jika dikunjungi oleh 10,000 penonton, sekurang-kurangnya PBSNT mendapat keuntungan RM100,000 atau lebih.

Satu kerugian perlawanan ini dibuat secara tertutup dikala keterujaan penyokong Terengganu sekarang ini membuak-buak, disamping dengan reka bentuk jersi yang menarik yang membuatkan mereka semakin “naik seh” (teruja).

Tentunya para penyokong menghormati keputusan pihak PBSNT dan Pahang yang bersetuju perlawanan ini dibuat secara tertutup tetapi satu kerugian buat PBSNT dan penyokong TFC yang mahu menyaksikan perlawanan antara pasukan pantai timur ini.