'Pengajaran buat kami bertiga' - Buat lawak sindiran di MLM 2019, Rare mohon maaf kepada pihak yang tersinggung


Maharaja Lawak Mega 2019 telah lama melabuhkan tirainya dan umum tahu salah satu kumpulan iaitu Rare, juga tidak kurang hebatnya mencuit hati penonton dengan lawak-lawak isu semasa mereka.

Semalam menerusi Instagram HLive, Rare yang dianggotai oleh Ajak Shiro, Ropie dan juga Ilya atau Pakya, memohon maaf di atas 'ketelanjuran' lawak mereka yang dikatakan telah membuatkan ada pihak yang menerima kesannya. 

"Di sini kami kumpulan Rare ingin menyatakan rasa kesal kami terhadap apa yang berlaku di persembahan Maharaja Lawak Mega 2019, mungkin mengakibatkan penonton tersinggung dengan persembahan kami. 

"Insiden tersebut juga memberi impak besar kepada kami kerana tanpa sengaja telah turut menyinggung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan juga Kerajaan Negeri Selangor. 

"Kami telah mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di persembahan yang akan datang. Kami juga berharap apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat kami bertiga," katanya. 
Tidak dinyatakan lawak mana yang dimaksudkan itu tetapi netizen menjangkakan lawak yang berkaitan dengan isu jawi, cina dan juga lawak kandungan pH air yang berunsur double meaning. 


Sumber: HLive, OhBulan


Sumber : thereporter.my